◉ HEADLINES

Replika helikopter PN dalam kawasan Klinik Kesihatan, Umno Kedah mahu KKM ambil tindakan tatatertib

Umno Kedah merasakan perbuatan itu tidak boleh diterima sama sekali dan menunjukkan kepincangan KKM dalam pengurusannya

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno Kedah kecewa dengan tindakan ‘ketaksuban’ warga pengurusan Klinik Kesihatan di Parit Panjang, Kedah, yang meletakkan replika sebuah pesawat dengan gambar pemimpin Perikatan Nasional (PN) di dalam kawasan klinik berkenaan.

Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan tatatertib kepada pihak yang terlibat perlu diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kerana ia adalah perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali.

Jika tiada tindakan, katanya, ia akan menunjukkan kepincangan Kementerian Kesihatan dalam pengurusannya.

“Umno Kedah memohon Kementerian Kesihatan menggantung atau mengambil tindakan tatatertib kepada pihak yang terlibat kerana ia langsung tidak boleh diterima sama sekali,’’ katanya di sini hari ini.

Pada replika berkenaan dilekatkan lambang PAS, tertulis perkataan Perikatan Nasional dan poster yang memaparkan gambar Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor – Gambar media sosial, 25 Ogos, 2024

Beliau mengulas mengenai replika helikopter yang diletakkan di dalam kawasan Klinik kesihatan Parit Panjang, di Kedah, hingga mencetuskan pelbagai reaksi.

Pada replika berkenaan dilekatkan lambang PAS, tertulis perkataan Perikatan Nasional dan poster yang memaparkan gambar Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ia juga tertulis N31, iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang.

Justeru, Shaiful Hazizy berkata, Badan Perhubungan Umno Kedah, sangat yakin ia adalah satu tindakan yang disengajakan dan bersifat provokatif serta mencabar kerajaan dan Kementerian Kesihatan. – 25 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related