◉ HEADLINES

Saksi buat laporan polis selepas 4 bulan Ebit Lew hantar mesej lucah

Wanita berusia 40-an selaku saksi kesembilan pendakwaan berkata Lew pada mulanya sudah meminta maaf pada April 2021, namun mengulangi perbuatan tersebut pada Mei, Jun dan Julai tahun sama

6:56 PM MYT

 

TENOM – Seorang wanita memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis pada 7 Ogos 2021, selepas empat bulan Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menghantar banyak mesej lucah kepadanya dalam tempoh itu.

Wanita berusia 40-an itu selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes itu berkata Lew pada mulanya sudah meminta maaf kepadanya pada April 2021, namun mengulangi perbuatan tersebut pada Mei, Jun dan Julai tahun sama.

Saksi itu berkata Lew seolah-olah tidak menghormati permintaannya kerana tetap menghantar mesej lucah dan membuat panggilan sehingga wanita itu menukar nama laman sosial Facebook dan Instagram kerana risau diganggu selain tidak mahu terpengaruh dengan permintaan Lew.

Peguam Datuk Ram Singh yang mewakili Lew bertanya saksi, “adakah kamu bersetuju bahawa empat bulan itu sebelum membuat laporan polis, kamu masih menghantar pesanan kepada Ebit Lew?”

“Saya mesej Ebit Lew apabila dia mesej saya,” kata wanita itu ketika menjawab pemeriksaan balas Ram Singh pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah itu di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Ram Singh juga bertanya sekiranya saksi itu berbohong dalam laporan polis bahawa dia ‘terperanjat’ selepas empat bulan bermesej dengan Lew.

Saksi itu menafikan perkara itu kerana ayat ‘terperanjat’ itu tidak merujuk pada hari dia membuat laporan polis, sebaliknya merujuk ketika wanita itu menerima gambar kemaluan daripada Lew yang dikenali ramai sebagai seorang pendakwah.

Peguam juga bertanya adakah betul saksi itu juga ‘terperanjat’ apabila menghantar gambar lucah kepada Ebit Lew yang ketika itu seseorang yang tidak pernah dia temui secara berdepan.

Saksi: Dia (Lew) mempengaruhi saya.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa menerusi aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung petang ini. – 28 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related