◉ HEADLINES

Tanah jerlus: Pertimbang pasar malam Jalan TAR dipindah ke lokasi lain, kata persatuan penjaja

Jalan Campbell yang terletak sedikit jauh dari Jalan Masjid India akan dipertimbangkan sebagai lokasi baharu peniaga pasar malam

2:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peniaga pasar malam mingguan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di sini yang terjejas susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, baru-baru ini berkemungkinan dipindahkan ke lokasi lain.

Bercakap kepada Scoop, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia (G3PM), Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, perbincangan bersama peniaga akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dahulu.

“Persatuan memahami kesukaran dihadapi peniaga termasuk di pasar malam mingguan di Jalan TAR yang terpaksa menutup operasi mereka, kita akan memikirkan satu kaedah baharu bagi memastikan punca rezeki ahli tidak disekat.

“Kita akan jumpa dengan peniaga-peniaga ini, nak dengar keluhan, hasrat dan pandangan mereka dahulu. Kemudian kita bawa perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) agar ada satu solusi.

“Kemungkinan, kita akan lihat sama ada memindahkan peniaga pasar malam ke Jalan Campbell (lokasi sedikit jauh dari Masjid India berbanding Jalan TAR), kita akan tengok dahulu macam mana,” katanya hari ini.

Suasana lengang di kawasan Jalan Masjid India susulan kejadian tanah mendap sejak Jumaat lepas. – Gambar Alif Omar, 1 Septemer, 2024

Menurut Rosli, kebanyakan peniaga di kawasan tersebut bergantung rezeki daripada perniagaan dijalankan sejak bertahun lamanya.

“Langkah untuk mewujudkan tapak baharu contohnya untuk pasar malam mingguan, kemungkinan akan menyebabkan kekurangan pengunjung ke lokasi berkenaan.

“Saya melihat kalau nak pindahkan mereka (peniaga pasar malam) dari kawasan itu saya tidak tahu ada crowd (pengunjung yang ramai) ataupun tempat baru itu boleh maju atau sebaliknya.

“Ini kerana ia berbeza di kawasan Masjid India ini, ada pelbagai pilihan untuk pengunjung pergi ke situ dan bila mereka mencari kain atau barang kemas, mereka boleh singgah ke pasar malam, jadi semua (peniaga) dapat pelanggan.

“Jadi kalau mereka dipindahkan dari luar kawasan itu, agak sukar nak beri keyakinan kawasan baru itu boleh maju,” katanya.

Terdahulu, DBKL menerusi kenyataannya memaklumkan pasar malam Jalan TAR akan ditutup pada hari minggu berikutan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Jumaat lalu.

Penutupan itu bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang masih hilang selepas terjatuh di lubang jerlus di sini.

Dr Zaliha Mustafa memaklumkan operasi SAR di Jalan Masjid India, dihentikan serta-merta. – Gambar Muharram Kassim, 1 September, 2024

Sementara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa pada Sabtu memaklumkan operasi SAR wanita warga India yang terjatuh dalam tanah jerlus di Masjid India itu dihentikan serta-merta.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mempertimbangkan faktor keselamatan pasukan operasi yang melakukan misi pencarian sepanjang tempoh itu. – 1 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related