◉ HEADLINES

Peniaga diselar, sewa premis Mara buat stor bukan untuk berniaga

Rosman Abdul Wahab berkata kebanyakan peniaga hanya mahukan alamat premis Mara sebagai syarat mendaftar perniagaan mereka kepada SSM dan tidak mempunyai barang untuk dipamerkan.

12:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kadar sewa premis Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang murah kira-kira RM400 sebulan menjadi faktor kenapa peniaga menyewa premis tersebut dan kemudian menjadikan ia sebagai stor tempat menyimpan barang.

Bercakap kepada Scoop, bekas pengerusi Persatuan Penyewa Arked Mara di Kuala Pilah, Rosman Abdul Wahab, 53, berkata, perbuatan itu dikesan wujud sejak beliau memegang jawatan berkenaan selama dua tahun mulai 2006.

Pada masa sama, kata Rosman, perbuatan tidak bertanggungjawab itu mengakibatkan lambakan hampir 7,000 kedai di bawah kelolaan agensi itu yang kini hanya dijadikan sebagai stor dan pada masa sama menutup peluang peniaga lain untuk mendapat kadar sewa yang rendah itu.

Jelasnya, berdasarkan pengalamannya sepanjang mengendalikan persatuan itu, kebanyakan peniaga hanya mahukan alamat premis Mara sebagai syarat mendaftar perniagaan mereka kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mereka tidak mempunyai barang untuk dipamerkan.

“Sewa di bawah premis Mara adalah kurang RM5,000 setahun dan kadar yang dikenakan adalah berdasarkan saiz premis. Selepas mendaftar, peniaga ini akan beroperasi sama ada di rumah atau lokasi lain dan itu yang menyebabkan kebanyakan premis Mara dilihat sepi dan tidak berjaya menarik pengunjung.

“Saya pernah mencadangkan supaya ruang legar Mara dijadikan tempat bagi jabatan dan agensi membuat program seperti kaunter bergerak atau peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk membuat promosi secara intensif.

“Bila mereka berbuat demikian, secara tidak langsung mereka telah mengambil peluang peniaga bumiputera lain yang betul-betul layak dan mahu berniaga di premis berkenaan,’’ katanya ketika dihubungi Scoop.

Pada Khamis, Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata Mara telah mengambil tindakan ke atas 321 penyewa premisnya kerana tidak mengikut terma perjanjian termasuk menjadikan premis sebagai stor serta tidak membuka perniagaan.

Asyraf berkata, notis perundangan telah dikeluarkan dan langkah berkenaan bagi membolehkan usahawan Bumiputera lain mendapat manfaat daripada premis tersebut, yang menawarkan sewa yang murah.

Rosman kini mengusaha syarikat pembekal sistem audio di kampung halamannya di Bachok, Kelantan berkata, premis tersebut kemudiannya dibiarkan begitu sahaja selepas perniagaan mereka semakin berjaya.

“Seperti yang kita tahu, premis Mara ini memberi keutamaan kepada peniaga kecil dan apabila perniagaan mereka sudah sampai ke satu tahap yang lebih baik, kadang-kadang peniaga ini sudah tidak guna premis itu dan buka lokasi di tempat lain.

“Tapi mereka masih lagi menyewa di situ disebabkan kadar sewa murah dan bila banyak kedai tidak dibuka maka premis Mara akan menjadi sepi serta terbiar.

“Saya bersetuju sangat apabila Pengerusi Mara mengambil tindakan ke atas peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab ini,’’ katanya. – 7 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

QSR Brands records 31% revenue growth in KFC and Pizza Hut Malaysia for FY2025

QSR Brands (M) Holdings Bhd announced a 31% revenue increase in its core businesses, KFC Malaysia and Pizza Hut Malaysia, for the financial year 2025, reflecting the successful execution of its strategic transformation roadmap and disciplined focus on operational efficiency, innovation and sustainable growth

◉ Related