◉ HEADLINES

Kertas siasatan ahli politik dikaitkan sindiket pemerdagangan manusia dirujuk AGC

Polis sudah melengkapkan siasatan termasuk mengambil keterangan daripada 11 individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung seorang ahli politik tempatan dan suaminya dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar telah dilengkapkan dan akan dirujuk Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada 11 individu termasuk ahli politik berkenaan dan suaminya serta seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan.

“Siasatan polis bagaimanapun tidak menemukan sebarang bukti pasangan itu (ahli politik dan suaminya) terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar, kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan cadangan tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu Razarudin dilaporkan berkata pihaknya mengesahkan keberadaan ahli politik itu bersama suaminya serta tiga lagi individu ke Myanmar untuk urusan pelaburan hartanah, namun siasatan mendapati tiada sebarang pelaburan dibuat di negara terbabit.

Sabtu lalu, Scoop melaporkan Razarudin berkata tiada bukti mengaitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dan suami, Datuk Abdul Shakor Abu Bakar terlibat dengan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Menurutnya, pemeriksaan polis mendapati tiada pelaburan dibuat beberapa individu termasuk Mashitah di luar negara yang didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket tersebut. – 10 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related