◉ HEADLINES

Kes GISB: Agong titah polis siasat menyeluruh dan tindakan segera

Menurut baginda, perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan

2:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan polis menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan segera dalam isu jenayah dan penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal di bawah kendalian Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).

Seri Paduka bertitah, baginda memandangkan serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di dalam media massa berkaitan rumah amal berkenaan.

“Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah baginda kepada Royal Press Office pada hari ini.

Menurut baginda, perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan.

Sultan Ibrahim turut menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan yang melampau berkaitan isu agama kerana ia amat sensitif dan mesti ditangani dengan berhati-hati.

Pada 11 September lalu, seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan ke atas 20 rumah amal kendalian GISBH di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan menerusi Op Global.

Susulan itu, seramai 171 suspek berusia 17 hingga 64 tahun termasuk seorang guru dan penjaga asrama, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes eksploitasi kanak-kanak. – 17 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related