◉ HEADLINES

Baru draf dah ‘riuh’, Saifuddin sindir PN tolak MoU peruntukan pembangkang

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya kesal dengan PN yang lebih gemar bercakap kepada media berbanding berunding dengan kerajaan

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menempelak pemimpin Perikatan Nasional (PN) kerana ‘riuh’ di luar selepas menerima draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan pembangkang.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya kesal dengan PN yang lebih gemar bercakap kepada media berbanding berunding dengan kerajaan.

Menurut Saifuddin, ia berbeza berbanding ketika MoU Transformasi dan Kestabilan Politik itu dibuat sebelum ini di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Dahulu saya ikut wakili PH dalam rundingan dengan pihak kerajaan ketika Datuk Seri Ismail Sabri jadi PM (Perdana Menteri). PH turut diwakili Anthony Loke, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Gobind (Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo).

“Kerajaan pula Dato Wan Junaidi (Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Takiyuddin (Datuk Seri Takiyuddin Hassan (bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli).

“Pertamanya pihak kerajaan kemuka draf. PH bincang dalam Majlis Presiden PH. Kemudian PH beri maklum balas. Pihak kerajaan meneliti maklum balas PH dan kami duduk berunding mencapai titik temu.

“Proses ini ada tertibnya. Perundingan berlangsung beberapa pusingan. Sehinggalah kedua-dua pihak bersetuju dengan isi MOU,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Saifuddin berkata, persetujuan itu dimeterai di dalam satu majlis di Parlimen dihadiri Ismail Sabri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai ketua pembangkang.

“MoU kali ini? Baru terima draf sudah riuh di luar.. Betullah kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kalau pilih nak bercakap dengan media tidak perlulah nak berunding!” katanya

Sebelum ini Hamzah berkata, PN memutuskan sebulat suara menolak MoU itu yang dibuat berdasarkan empat sebab utama.

Beliau berkata, syarat MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

Sehari selepas penolakan PN itu, Fadillah mendedahkan kandungan penuh draf MoU mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang ditolak Hamzah. – 19 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related