◉ HEADLINES

JIM kenal pasti 11 kelemahan buka ruang sindiket ‘counter setting’

Jabatan Imigresen akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM, polis serta agensi berkaitan susulan penahanan 49 pegawai imigresen yang terlibat dalam ‘counter setting’

2:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) mengenalpasti 11 kelemahan utama yang membuka ruang kepada sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’ seperti didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata pihaknya telah meneliti cadangan penambahbaikan bagi memastikan jaminan keselamatan pintu masuk negara sentiasa dikawal rapi.

“JIM telah meneliti dan mengambil tindakan reformasi proses kerja dan penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh dengan mengambil kira teguran dan cadangan penambahbaikan dalam masa terdekat.

“JIM tidak akan berkompromi dalam menjamin keselamatan pintu masuk negara sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Rabu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mendedahkan seorang pegawai penguatkuasa Imigresen ‘berpengaruh’ yang menjadi dalang utama sindiket membawa masuk warga asing menerusi ‘counter setting’ atau laluan kaunter khas dan mengawal hampir 50 pegawai lain, akan didakwa awal bulan depan.

Beliau berkata, individu berusia awal 40-an itu telah berkhidmat dalam agensi tersebut sejak 20 tahun lalu dan ditahan bersama 49 pegawai lain atas kesalahan sama menerusi Op Setting yang dijalankan baru-baru ini.

Azam turut menyenaraikan 11 masalah dan kelemahan utama membabitkan Jabatan Imigresen sehingga membuka ruang kepada sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’.

Dalam pada itu, Zakaria berkata, Jabatan Imigresen akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM, polis serta agensi berkaitan susulan penahanan 49 pegawai imigresen yang terlibat dalam ‘counter setting’.

“Jabatan ini sekali lagi menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai tanpa mengira pangkat atau kedudukan yang menyalahgunakan kuasa untuk tujuan kepentingan peribadi yang melanggar undang-undang negara,” katanya. – 19 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related