◉ HEADLINES

MoU Peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu

Presiden Bersatu itu juga sekali lagi menegaskan mereka tetap dengan keputusan menolak MoU peruntukan berkenaan yang disifatkan bertentangan dengan perlembagaan dan sifat murni rakyat Malaysia

5:00 PM MYT

 

KLUANG – Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang, kata pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Presiden Bersatu itu juga sekali lagi menegaskan mereka tetap dengan keputusan menolak MoU peruntukan berkenaan yang disifatkan bertentangan dengan perlembagaan dan sifat murni rakyat Malaysia. 

“Tak ada, tak apalah Ahli Parlimen kita (pembangkang) berlapang dada. Tidak apa anda tidak berikan kepada kami, kami boleh teruskan berjuang untuk rakyat…susah rakyat, kita akan tolong buat apa yang kita termampu buat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada perjumpaan dan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh individu, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan calon PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Mohamad Haizan Jaafar. 

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU itu.

PRK DUN Mahkota pada 28 Sept ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan Mohamad Haizan. 

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas. – 20 September, 2024

TAG: PRK DUN Mahkota, draf, peruntukan, pembangkang

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related