◉ HEADLINES

Kontraktor Dewan Selera MRSM wajib guna bahan mentah pembekal Bumiputera: Asyraf

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia dasar baharu diperkenalkan Mara yang dimasukkan dalam perjanjian bersama kontraktor

6:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua kontraktor Dewan Selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) diwajibkan mendapatkan bekalan bahan mentah daripada pembekal dan produk Bumiputera selain keperluan memiliki sijil halal.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia dasar baharu diperkenalkan Mara yang dimasukkan dalam perjanjian bersama kontraktor.

“Sebagai contoh bekalan kicap, sos, mi, dan lain-lain mesti diambil daripada jenama syarikat-syarikat Bumiputera yang mempunyai sijil halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri.

“Manakala pembekal bahan mentah lain seperti ayam, ikan, sayuran dan lain-lain juga daripada Bumiputera.

“Semua ini juga dimasukkan dalam kontrak perjanjian dengan kontraktor-kontraktor Dewan Selera MRSM.

“Keputusan dasar ini dibuat bagi membantu dan memperkasakan lagi usahawan kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera mengembangkan perniagaan seterusnya berdaya saing dan maju, selain aspek halalan toyyiban diberi perhatian serius,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau juga sudah meminta agar pemantauan dilakukan secara berterusan oleh pentadbir MRSM dan pegawai-pegawai Mara daerah dan negeri secara berkala.

“Saya sendiri pada bila-bila masa akan turun secara mengejut untuk memastikan aspek pematuhan ini diambil berat.

“Mana-mana kontraktor yang culas atau melanggar syarat kontrak boleh ditamatkan serta-merta,” katanya.

Terdahulu Asyraf menafikan dakwaan bahawa ayam serta bahan mentah lain yang dibekalkan daripada syarikat tidak mempunyai sijil halal ke MRSM.

Beliau berkata, setiap kontraktor makan telah diwajibkan untuk memperinci secara bertulis senarai bahan-bahan mentah. – 21 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related