◉ HEADLINES

Perkhidmatan Khairuddin sebagai KP J-Kom ditamatkan selepas 6 bulan

Khairuddin, dilantik ke jawatan tersebut pada 1 Mac lalu, bagi menggantikan Datuk Mohammad Agus Yusof

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi (J-Kom) yang disandang oleh Setiausaha PKR Selangor, Mohd Khairuddin Othman sudah ditamat.

Khairuddin, dilantik ke jawatan tersebut pada 1 Mac lalu, bagi menggantikan Datuk Mohammad Agus Yusof.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan alasan kepada perkara berkenaan. “Elok kalau tanya terus dan rujuk pada menteri,’’ katanya kepada FMT.

Khairuddin sebelum ini pernah menjadi Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan Selangor dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras.

Jawatan Ketua Pengarah J-Kom sebelum ini kosong selepas Agus meletak jawatan pada November 2023.

Agus sebelum ini dihimpit dengan kontroversi melibatkan penularan video berdurasi tiga minit, yang memaparkan perbualan lucah antara lelaki didakwa mirip beliau dengan Penolong Pegawai di J-Kom, Abdul Wahab Kadir Jilani. – 24 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related