◉ HEADLINES

‘Tikus makmal’ lebih sesuai untuk PBD yang jadi eksperimen sejak 2017

Mengembalikan UPSR bukan lagi bersifat eksperimen kerana ia sudah dilaksanakan selama 35 tahun sejak 1988

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Istilah ‘tikus makmal’ lebih sesuai digunakan untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kerana sejak dimulakan pada 2017, eksperimen PBD ini belum selesai sehingga hari ini.

Malah kata pakar pendidikan dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, PBD sering menerima keluhan daripada ibu bapa serta guru-guru dan kemuncaknya apabila gesaan dibuat untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Pakar pendidikan dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad berkata PBD sering menerima keluhan ibu bapa serta guru-guru dan kemuncaknya apabila gesaan dibuat untuk mengembalikan UPSR dan PT3. – Gambar ikhsan UKM, 24 September, 2024

Sejak dilaksanakan tujuh tahun lalu, Anuar berkata, PBD sentiasa diubah suai, ditukar sistem gred, guru-guru tiba-tiba diberikan autonomi dan pelbagai lagi eksperimen yang menunjukkan ia masih belum stabil dan mantap.

Justeru katanya, UPSR dan PBD bukanlah ‘seperti tikus makmal’, tetapi penggunaan istilah yang tepat ialah ‘seperti tikus membaiki labu’.

“Bagi merasionalkan eksperimen PBD, istilah seperti ‘penambahbaikan berterusan’, ‘penjajaran’, ‘intervensi’ dan ‘penyelarasan’ yang sebenarnya membawa maksud PBD masih di dalam prosedur eksperimen..

“Eksperimen terkini ialah pada Mac 2024, PBD mesra ibu bapa yang di dalam dokumen intervensi kurikulum. Siapa sebenarnya yang menjadi ‘tikus makmal’ untuk eksperimen PBD? Tentulah murid,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Pada Isnin, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) masih kekal dengan keputusan terdahulu yang memansuhkannya UPSR dan PT3 pada 2022.

Fadhlina berkata cadangan mengembalikan peperiksaan terbbait memerlukan pandangan menyeluruh dan tidak boleh dilihat berdasarkan satu aspek sahaja.

“(Ini kerana) anak-anak kita bukan tikus makmal yang kita nak ulang kaji mereka, sekejap ada peperiksaan sekejap tidak ada,” katanya.

Dalam pada itu, Anuar menegaskan mengembalikan UPSR bukan lagi bersifat eksperimen kerana ia sudah dilaksanakan selama 35 tahun sejak 1988.

“Cuma sepanjang 35 tahun itu telah berlaku ‘kesesatan’ UPSR yang disebabkan oleh para ‘penunggang UPSR’. Itu bukanlah masalah UPSR. Itu masalah dari penunggang UPSR. Jadi penggunaan istilah ‘tikus makmal’ tidak tepat untuk UPSR,’’ katanya. – 24 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related