◉ HEADLINES

‘Orang kata bukan kerja MB pi mengaji air bawah tanah, tapi saya kena tahu’, Sanusi

Sanusi menegaskan sebagai Menteri Besar penelitiannya menerusi lawatan kerja berkenaan pastinya tidak sama dengan seorang jurutera

3:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan lawatan kerja diketuainya bagi mempelajari proses pengurusan operasi empangan bawah tanah di wilayah Kumamoto, Jepun baru-baru ini.

Sanusi menegaskan sebagai Menteri Besar penelitiannya menerusi lawatan kerja berkenaan pastinya tidak sama dengan seorang jurutera.

Beliau turut menempelak pihak yang mempersoal tiada keperluan baginya untuk mengadakan lawatan itu sedangkan keberadaannya di negara berkenaan bertujuan mendapat gambaran lebih jelas mengenai pengurusan empangan terbabit.

“Orang kata bukan kerja MB untuk duk kira pi (pergi) mengaji (belajar) air bawah tanah, tapi saya kena tahu.

“Kepimpinan mesti ada clear picture (gambaran jelas) barulah dia boleh ketuai agensi teknikal, nak dapat clear picture tu lah kena pi tengok, dengar dan teliti.

“Penelitian saya mungkin tak sama dengan penelitian seorang jurutera.. saya skop saya, dia skop dia, sebab itu kita pergi dalam satu pasukan,” katanya kepada media selepas merasmikan Pesta Buku Kedah 2024 di Sungai Petani hari ini.

Terdahulu banyak pihak mengecam tindakan Sanusi mengadakan lawatan rasmi ke luar negara ketika bencana banjir melanda negeri Kedah hingga timbul dakwaan beliau pergi untuk ‘berbulan madu’.

Malah ada yang mempersoal keperluan sebagai Menteri Besar untuk ikut serta sedangkan boleh dihantar jurutera yang lebih memahami aspek teknikal.

Sebaik pulang beberapa hari lalu, menjawab kritikan berhubung ketiadaannya di dalam negara ketika Kedah dilanda banjir, Sanusi berkata, lawatan kerja itu sudah dirancang dan diluluskan pada April lepas.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dokumen yang dibawa pulang menerusi lawatan terbabit, Sanusi berkata, pihaknya akan membuat rumusan dan mengemukakan satu naskhah laporan kepada Sultan Kedah berkenaan masa depan air di negeri itu.

“Sama ada surface water (air di permukaan) atau underground (bawah tanah), benda itu akan kita ringkaskan daripada dokumen-dokumen itu.

“Jepun maklum buat undergroud dam (empangan bawah tanah) kosnya mahal dan mereka ambil masa 13 tahun untuk siapkan dengan kos AS$370 juta pada masa itu.

“Air bawah tanah tidak teroka lagi kita nak terus pergi empangan bawah tanah, pada saya ini kena dinilai semula,” katanya. – 26 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related