◉ HEADLINES

Tiada lagi beg plastik di 20 pasar raya, kedai serbaneka, rangkaian farmasi mulai 1 Oktober ini: Nga

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, menerusi pelaksanaan inisatif itu, penggunaan 200 juta beg plastik setahun dijangka dapat dikurangkan

7:33 PM MYT

 

PETALING JAYA – Sebanyak 20 pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka, serta kedai rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan akan menghentikan penggunaan beg plastik sepenuhnya di 8,000 premis perniagaan mereka bermula 1 Oktober ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata antara yang menyertai inisiatif itu ialah 99 Speedmart, Aeon, 7-Eleven, TF Value Mart dan Guardian.

“Ada yang sudah melaksanakan inisiatif ini, tetapi pada hari ini mereka menandatangani Akujanji untuk berikrar melaksanakannya secara besar-besaran mulai minggu depan. Sekiranya pelanggan tidak membawa beg sendiri, mereka boleh membeli beg kitar semula di kedai itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan kempen ‘Tiada Beg Plastik Sekali Guna’ di sini hari ini.

Nga berkata menerusi pelaksanaan inisatif itu, penggunaan 200 juta beg plastik setahun dijangka dapat dikurangkan, sekali gus mengurangkan jumlah sisa yang perlu dilupuskan serta membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sedia ada.

Beliau berkata kerajaan terpaksa menanggung kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang tinggi iaitu sebanyak RM2 bilion setahun dan sedang berusaha mengurangkan pergantungan ke atas tapak pelupusan.

“Pada masa ini, Malaysia mempunyai 114 tapak pelupusan tidak sanitari dan 22 tapak pelupusan sanitari. Pembukaan dan naik taraf tapak pelupusan memerlukan kos yang sangat tinggi,” katanya.

Sementara itu Nga berkata Hari Cuci Malaysia yang akan dilaksanakan di seluruh negara pada Sabtu ini bakal tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai program gotong-royong paling besar dalam sejarah.

“Lebih 50,000 orang dari seluruh negara dijangka hadir, termasuk penyertaan 156 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan saya harap seluruh rakyat Malaysia dapat bersama-sama dalam program itu,” katanya.

Nga berkata majlis pelancaran akan dirasmikan beliau bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa di Pasar Seni, Kuala Lumpur bersempena World Cleanup Day 2024. – 26 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related