◉ HEADLINES

Dua beranak dikhuatiri lemas, dihanyutkan banjir

Mangsa, Salmah Md Zain, 48 dan anaknya, Muhammad Rosman Rohaidi, 19, dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras

12:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air deras ketika meredah banjir di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai, Kedah, pagi tadi.

Mangsa, Salmah Md Zain, 48 dan anaknya, Muhammad Rosman Rohaidi, 19, dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Aminuddin Mad Khozari berkata, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.29 pagi telah menggerakkan 12 anggota ke tempat kejadian.

“Usaha mencari mangsa masih diteruskan dengan menggunakan bot aluminium.

“Kerja-kerja pencarian di sekitar lokasi sedang dilakukan dengan menggunakan bot. BBP Pokok Sena dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani dan BBP Jitra juga telah diarahkan ke lokasi untuk membantu operasi itu,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, gambar dan video yang memaparkan dua beranak itu meredah air banjir tular di media sosial, dipercayai dirakamkan oleh penduduk kampung berkenaan.

Dalam pada itu, jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 243 orang daripada 59 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 207 orang daripada 49 keluarga malam tadi dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kubang Pasu.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 11 pagi ini, paras air di Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu dan Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap berada pada paras bahaya.

Paras air masing-masing berada pada paras 22.58 meter dan 14.93 meter. – 28 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related