◉ HEADLINES

DBKL belum terima arahan tutup premis GISB

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh jika ada arahan lanjut pihak berkuasa untuk menutup premis milik GISBH

2:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima arahan untuk menutup premis perniagaan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh jika ada arahan lanjut pihak berkuasa untuk menutup premis milik GISBH.

“Tiada lagi arahan yang kami terima dan setakat ini siasatan masih lagi di bawah pihak polis.

“Jika kami menerima arahan dari peringkat atasan, sudah semestinya kami akan memberi kerjasama,” katanya pada sidang media Sambutan Hari Penguat Kuasa ke-55 di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Selangor memberi arahan kepada semua premis GISBH di negeri itu ditutup berkuatkuasa serta-merta dan segala aset syarikat berkenaan dirampas.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengumumkan sendiri keseluruhan premis termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama GISBH di Selangor yang terlibat. – 3 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related