◉ HEADLINES

Dobi, tempat kerja diwartakan kawasan larangan merokok mulai 1 Januari ini

Ia sekali gus menjadikan 28 tempat diwartakan sebagai tempat larangan merokok dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober lepas

6:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Premis dobi dan bangunan tempat kerja menjadi lokasi terbaharu kawasan larangan merokok berkuakuasa 1 Januari depan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.

Ia sekali gus menjadikan 28 tempat diwartakan sebagai tempat larangan merokok dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober lepas.

“Pastinya saya bersyukur akhirnya dobi (yang diperjuangkan sejak 2019) menjadi tempat awam (larangan merokok) kerana ia sering didatangi para ibu, isteri yang membawa anak mereka,” katanya pada sesi taklimat media berhubung Akta 852 di Putrajaya, hari ini.

Antara kawasan dilarang merokok lain yang diwartakan ialah kawasan hospital atau klinik, lif atau tandas awam, tempat makan, kedai berhawa dingin, bangunan hentian pengangkutan awam, kawasan lapangan terbang kecuali kawasan atau bilik merokok yang telah diluluskan, kawasan premis kerajaan dan kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.

Turut tersenarai ialah pusat hiburan atau teater kecuali kasino, kawasan taman asuhan kanak-kanak, kompleks beli-belah, stesen minyak, perpustakaan, kafe Internet, stadium, pusat kecergasan atau gimnasium serta di dalam bas sekolah dan kenderaan awam.

Dzulkefly pada 2019 lalu memaklumkan kementeriannya akan memperluaskan pewartaan kawasan larangan merokok di negara ini termasuk di dobi, kerana ia antara tempat yang dibelenggu masalah asap rokok.

Ia susulan tinjauan yang dijalankan Kementerian Kesihatan bahawa masih ada yang merokok di kedai dobi justeru timbul kebimbangan mengenai masalah kesihatan dalam kalangan perokok pasif. – 4 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related