◉ HEADLINES

Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ‘zero-sum game’: PM

Penekanan penguasaan Bahasa Inggeris yang sangat perlu dan utama di negara ini, tidak seharusnya meminggirkan atau mengurangkan penekanan terhadap penguasaan Bahasa Melayu yang baik sebagai Bahasa Kebangsaan

1:07 PM MYT

 

IPOH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat ’zero-sum game’’, sehingga meminggirkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Beliau berkata sebarang penekanan dalam aliran persekolahan untuk menggunakan bahasa lain seperti Cina dan Tamil tidak sepatutnya mengurangkan penekanan terhadap Bahasa Melayu, yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan dan dasar Pendidikan Negara. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penekanan yang sama juga perlu diberi perhatian dalam sektor swasta. 

“Memang benar saya antara yang menekankan keperluan penguasaan Bahasa Inggeris dalam dunia yang mencabar, dan penguasaan bahasa Cina atau Tamil, Bahasa Arab dan bahasa lain. Tidak ada negara yang kian meningkat maju yang akan menyisihkan bahasa-bahasa utama di dunia.

“Namun, ini bukan zero-sum game. Penekanan kepada penguasaan Bahasa Inggeris yang sangat perlu dan utama di negara ini, tidak seharusnya meminggirkan atau mengurangkan penekanan terhadap penguasaan Bahasa Melayu yang baik sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini. – 6 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related