◉ HEADLINES

PAS dilabel parti slogan, layak ‘semak dan imbang’ sahaja, sindir Puad

Antara slogannya ‘membangun bersama Islam’ dan ‘Islam memimpin’ namun Pas gagal membuktikannya walaupun memerintah Kelantan begitu lama

1:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS disifatkan sebagai parti slogan yang hanya layak menjadi pembangkang bagi melaksana ‘semak dan imbang’ sahaja.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, antara slogannya ‘membangun bersama Islam’ dan ‘Islam memimpin’ namun Pas gagal membuktikannya walaupun memerintah Kelantan begitu lama.

“Alasan PAS ialah ia dihalang oleh kerajaan Pusat. PAS pernah duduk dalam kerajaan semasa dalam PN. Itu pun Pas gagal bukti apa-apa melalui jawatan menteri yang mereka pegang.

“Bolehkah Pas kembali dalam kerajaan pusat supaya mereka dapat peluang kedua? Tidak mustahil. Tapi melihat cara Pas berpolitik ia amat sukar,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, PAS bergabung dengan parti Melayu yang bergantung kepada kekuatan parti Islam itu sendiri.

“Bersatu makin malap. Ia gagal mengganti Umno. PAS perlu sokongan bukan Melayu, sedangkan Gerakan hanya parti nyamuk.

“Justeru sampai bila PAS mahu menjadi parti sloganis?

“PAS kata ‘bukan budaya PAS cakap kasar, sakitkan hati jika tak setuju’. Tetapi pemimpin PAS suka keluar kata kesat seperti bodoh, dajal dan syaitan bisu. MB (Menteri Besar) Selangor dihina ‘tidak cukup inci’.

“Lebih baik PAS kekal sebagai parti “semak dan imbang” sahaja,” katanya.

Terdahulu Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sifat caci mencaci pihak lain bukan budaya parti tersebut.

Katanya, PAS menerapkan pendekatan untuk tidak menggunakan bahasa kasar dan menyakitkan hati sekiranya tidak bersetuju dengan mana-mana pihak.

Sebelum ini Puad turut menempelak Ahmad Fadhli dengan sindiran sinis kononnya PAS malu untuk mengulas mengenai kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota baru-baru ini.

Beliau berkata, PAS takut sekiranya Bersatu memulangkan paku buah keras ekoran kekalahan calon PAS pada PRK DUN Nenggiri sebelumnya.

“Hingga hari ini PAS tetap berdiam diri pasal PN kalah teruk di Mahkota. Ketua Penerangan PAS berkata tidak perlu dedah post mortem.

“Nak dedah apa. Memang PAS tidak ada post mortem. PAS menganggap itu kekalahan Bersatu. Pas lepas tangan. Pas takut dikata menyebok (menyibuk),” katanya. – 6 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related