◉ HEADLINES

Sesak teruk di Karak akibat kemalangan lori treler, pengguna dinasihat tangguh perjalanan

LLM turut menasihatkan orang ramai menangguhkan perjalanan dan berhenti rehat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah

6:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu kemalangan melibatkan sebuah lori treler di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak petang tadi, mengakibatkan kesesakan teruk dengan jarak perjalanan dari Genting Sempah ke Gombak dianggarkan mengambil masa kira-kita empat jam.

Gambar dan video kejadian tersebut kini tular di media sosial, yang memaparkan lori tersebut terbakar dan dalam keadaan melintang serta menghalang laluan.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan itu berlaku di KM 27.8 arah Barat dari Gombak ke Plaza Tol Gombak.

LLM juga memaklumkan, ketika ini semua lorong terhalang dan trafik tidak bergerak.

“Semua lorong terhalang. Trafik terhenti. Sila guna laluan alternatif keluar ke Persimpangan Genting Sempah bagi kenderaan dari Timur ke KL,’’ kata LLM menerusi aplikasi X.

LLM turut menasihatkan orang ramai menangguhkan perjalanan dan berhenti rehat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah.

“Pandu dengan berhati-hati dan patuhi arahan petugas di lokasi,’’ katanya.

Dalam pada itu, orang ramai meluahkan kebimbangan, apatah lagi kemalangan itu berlaku menjelang cuti hujung minggu ketika mereka mengambil peluang ke pantai timur. – 11 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Confirmed: Malaysia to host Bahrain Formula 1 Grand Prix at Sepang in October 2026

Formula 1 and FIA announce Sepang’s return as Sultan Ibrahim and Anwar help pave the way for Bahrain race to be held in Malaysia

◉ Related