◉ HEADLINES

‘Industri hiburan, media tawar tempat berteduh ketika dibuang dunia politik’, kata KJ

Bekas Menteri Kesihatan itu menewaskan beberapa penyampai radio lain seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo, dan DJ Sonic pada malam anugerah Anugerah Bintang Popular ke-36, malam tadi

4:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyifatkan industri hiburan dan media telah menawarkan tempat untuk beliau berteduh selepas dibuang dari dunia politik.

Bekas ahli politik yang meraih trofi penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABPBH36) itu turut menganggap dunia baharunya itu sebagai agak asing.

“Dunia hiburan ini bukan dunia saya. Saya datang dari dunia politik. Tetapi saya tergelincir dari dunia asal saya dan dibuang (mungkin seketika, mungkin lama). Dunia hiburan dan media yang agak asing bagi saya telah menawarkan tempat untuk saya berteduh,’’ katanya menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan berjaya menewaskan beberapa penyampai radio lain seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo, dan DJ Sonic pada malam anugerah Anugerah Bintang Popular ke-36, malam tadi.

Pada Januari 2023, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau telah dipecat keahliannya dari Umno, menerusi keputusan yang dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti berkenaan.

Menurut Khairy, pembabitannya itu sebagai penyampai radio bermula sebagai troll atau prank dan kemudiannya radio Hot FM memberi peluang kepadanya untuk keudara.

“They took a chance on me. Terima kasih kepada mereka. Terutama Nazri, Jake, Aaron dan Shah. Saya ditemukan dengan sosok-sosok radio yang hebat: AG, Fara dan Johan.

“ Mereka mengajar saya selok belok industri baharu. It’s never too late to learn something new (belum terlambat untuk belajar sesuatu yang baharu). Even for an old guy like me! (walaupun untuk orang tua seperti saya).

“Tidak lupa kepada semua yang behind the scenes (di belakang tabir): Krel, Ijal, Faz, Fasya, Pop, Firul, Arabelle and team. Kemenangan ini milik anda semua,’’ katanya.

Jelas Khairy, seperti ucapannya malam tadi, beliau berkata jika satu pintu rezeki ditutup, maka Allah akan membuka pintu rezeki yang baru.

“Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan membuka pintu rezeki yang baharu, never give up! Percaya kepada perancangan Allah. Alhamdulillah. Do your best. Allah will do the rest. Do what you can. Allah will do what you can’t,’’ katanya. – 12 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related