◉ HEADLINES

ASP, 6 polis ditahan bantu siasatan kes pemerasan, cabul

Kesemua mereka direman tiga hari bermula hari ini hingga Isnin depan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan (ASP) serta enam anggota polis termasuk seorang wanita ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan dan cabul di sebuah unit kondominium di Cheras pada 1 Okt lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata penahanan kesemua mereka dibuat berikutan laporan polis oleh mangsa pada Isnin lepas.

“Pada Isnin lepas, mangsa seorang wanita tempatan berumur 22 tahun telah membuat laporan polis dan pada hari sama polis menahan tiga lelaki tempatan berumur antara 30-an hingga 50-an berhubung kejadian berkenaan namun mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya kepada pemberita selepas program larian sempena Hari Sukan Negara 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Rusdi berkata kesemua mereka direman tiga hari bermula hari ini hingga Isnin depan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular dalam hantaran di aplikasi Telegram seorang wanita mendakwa menjadi mangsa pemerasan dan cabul sekumpulan individu di sebuah unit kondominium di Cheras.

Dalam hantaran itu, wanita berkenaan mendakwa diugut sekumpulan anggota polis yang membuat serbuan dengan meminta wang RM150,000 sebelum dikurangkan kepada RM90,000 selepas dadah ditemukan dalam pemilikan wanita itu. 

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa dibebaskan selepas dibantu seorang lelaki tempatan yang membuat pembayaran RM10,000 dan perlu membuat bayaran semula secara berkala dengan kadar faedah. – 12 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related