◉ HEADLINES

SPRM geledah pangsapuri jadi ‘safehouse’ ahli politik, temui wang rasuah hampir RM5 juta

Difahamkan ia membabitkan perbuatan rasuah berhubung mendapat konsesi pasir daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI)

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemukan sejumlah wang asing bernilai kira-kira RM5 juta selepas menggeledah sebuah pangsapuri di sini, yang didakwa dijadikan tempat simpanan atau ‘safehouse’ seorang ahli politik berpengaruh semalam.

Susulan serbuan itu, yang dilakukan sekitar jam 10 malam semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Scoop mengesahkan dua suspek ditahan.

Beliau berkata, ia membabitkan perbuatan rasuah berhubung mendapat konsesi pasir daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

Sumber dalam pada itu memberitahu, pangsapuri berkenaan, dipercayai disewa oleh seorang ahli perniagaan sebagai tempat penyimpanan wang hasil rasuah.

Menurut sumber, dua suspek berkenaan termasuk seorang bekas eksekutif kanan di MBI didakwa ada kaitan dengan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor.

“Susulan penahanan itu, seorang suspek mendedahkan kewujudan ‘safehouse’ yang bertujuan menyimpan wang hasil rasuah milik seorang ahli politik berpengaruh.

“Hasil penggeledahan di pangsapuri itu menemui sejumlah wang mata wang Singapura SGD1,529,000 atau kira-kira RM5 juta.

“Wang disimpan bertujuan untuk kegunaan ahli politik berkenaan bagi aktiviti politiknya. Wang ini sudah disita oleh SPRM bagi siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Sumber berkata, wang itu juga dipercayai diberikan oleh seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh ahli perniagaan ini atas arahan ahli politik berpengaruh terbabit,” katanya. – 13 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related