◉ HEADLINES

100 juruaudit ditambah, percepat keluaran sijil halal

Sistem MyeHalal juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform

5:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Juruaudit halal agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan ditambah seramai 100 orang bagi mempercepatkan urusan pengeluaran sijil halal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen hari ini berkata sistem MyeHalal juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform.

“Hampir keseluruhan negara dunia mengiktiraf pensijilan halal Malaysia.

“Usaha sama Jakim, HDC dan Matrade harus dilipatgandakan dalam memperkukuh industri halal negara dan menyokong syarikat halal tempatan.

“Bagi mempercepat urusan pengeluaran sijil halal, juruaudit halal Jakim akan ditambah sebanyak 100 orang lagi,” katanya.

Selain itu, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan SME Bank menawarkan pembiayaan khusus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) halal dengan dana tersedia hampir RM600 juta. – 18 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related