◉ HEADLINES

Malaysia berduka atas kematian Yahya Sinwar: Anwar

Malaysia mengutuk keras pembunuhan ini dan ternyata percubaan rejim untuk melemahkan tuntutan pembebasan tidak akan berjaya

1:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia berduka di atas kehilangan seorang sosok pejuang dan pembela rakyat Palestin, Al Syahid Yahya Sinwar yang dibunuh ganas oleh rejim biadab Zionis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekali lagi komuniti antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak lantas memburuk situasi konflik.

“Malaysia mengutuk keras pembunuhan ini, dan ternyata percubaan rejim untuk melemahkan tuntutan pembebasan tidak akan berjaya.

“Walhasil, Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan betapa pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada Khamis, Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya terbunuh dalam serangan Israel.

Perkara itu disahkan oleh anggota biro politik Hamas, Khalil al-Hayya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Telegram Brigade al-Qassam Hamas pada Jumaat.

Tentera Israel telah berkongsi video, yang menunjukkan detik-detik akhir Yahya yang duduk bersendirian di atas kerusi dengan keadaan sekeliling dipenuhi dengan debu runtuhan bangunan.

Meskipun Yahya yang mengalami kecederaan, beliau enggan mengalah dan turut membaling kayu pada dron yang digunakan untuk menggeledah bangunan tersebut, sebelum video itu berakhir.

Yahya mengetuai Hamas selepas kematian Ismail Haniyeh dalam serangan udara di Tehran.

Dilahirkan di kem pelarian di bandar selatan Gaza di Khan Younis, Sinwar, 61, dipilih sebagai ketua Hamas di Gaza pada 2017.

Beliau menghabiskan masa selama 22 tahun di penjara Israel sebelum dibebaskan pada 2011 ketika pertukaran tahanan dilakukan. – 19 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related