◉ HEADLINES

Kegiatan ‘counter setting’: Tiada keperluan buka cawangan SPRM di KLIA

Buat masa ini kita beri peluang kepada ketua pengarah baharu untuk melihat sendiri dan memperbetulkan mana-mana yang tidak betul berhubung dengan sistem kaunter di KLIA dan KLIA 2

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk menubuhkan cawangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menangani kegiatan ‘counter setting’ pintu masuk negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini pihaknya hanya menempatkan satu unit pemantauan di KLIA.

“Ada pihak mencadangkan (buka cawangan), tetapi kita sekadar menubuhkan satu unit di sana yang menjalankan pemantauan.

“Kalau menubuhkan cawangan untuk tujuan menerima laporan dan sebagainya buat masa ini tidak ada keperluan kerana pertamanya, (ibu pejabat) SPRM dengan KLIA tak begitu jauh dari segi perjalanan lebih kurang 35 hingga 40 minit.

“Keduanya, SPRM Selangor juga tidak begitu jauh. Jadi mana-mana pihak yang ingin menghubungi kami sebenarnya tiada masalah,” katanya kepada media di Nilai, hari ini.

Ditanya usaha Jabatan Imigresen (JIM) melakukan reformasi sistem kaunter di KLIA, beliau berkata, SPRM sentiasa berhubung dengan barisan tertinggi jabatan itu bagi memantau perkara berkenaan.

“Saya dengan Ketua Pengarahnya (Datuk Zakaria Shaaban) dari semasa ke semasa ada perbincangan secara tidak formal cuma sampai masa kelak kami berdua akan duduk berbincang dan juga melawat kaunter terbabit.

Buat masa ini kita beri peluang kepada ketua pengarah yang baharu ini untuk melihat sendiri dan memperbetulkan mana-mana yang tidak betul berhubung dengan sistem kaunter di KLIA dan KLIA 2,” katanya.

Sebelum ini, Azam dilaporkan berkata seramai 50 penguat kuasa termasuk pegawai Imigresen ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan counter setting.

SPRM sebelum ini membongkar kegiatan sindiket membawa masuk warga asing, termasuk dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, dan Nepal, melalui pintu masuk negara tanpa pemeriksaan pihak berkuasa.

Sindiket berkenaan disyaki didalangi beberapa penguat kuasa sebuah agensi yang bertugas di pintu masuk negara, dengan menjadi tali barut bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan, menerusi modus operandi counter setting. – 24 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related