◉ HEADLINES

7 kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya 3 hari

Kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung.

Menurut hantaran di Facebook MetMalaysia, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang.

Kenyataan itu memaklumkan, suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut di kawasan tersebut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – 24 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related