◉ HEADLINES

Mana janji kebebasan bersuara, kata Rafique Rashid

'Saya telah nyatakan saya akan jawab di mahkamah dan sebagai rakyat Malaysia, saya mempunyai hak untuk bersuara dan kebebasan untuk beri pendapat,’ kata Rafique

6:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali mempersoalkan kenapa beliau disiasat sedangkan rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk bersuara.

Rafique yang juga seorang peguam berkata, Perdana Menteri sendiri sebelum ini memberikan komitmen untuk melindungi kebebasan bersuara kecuali hal-hal yang menyentuh mengenai 3R (agama, raja dan kaum).

“Ketika memberikan keterangan, saya menyatakan rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk memberikan pendapat.

“Pada beberapa bulan lepas, Perdana Menteri memberikan komitmen tinggi bahawa tiada orang akan disiasat jika kritik kerajaan kecuali (perkara) menyentuh 3R,’’ katanya kepada media selepas selesai memberikan keterangan di Balai Polis daerah Dang Wangi, di sini, petang ini.

Media sebelum ini melaporkan laporan polis dibuat terhadap ucapan Rafique dalam perhimpunan anti-Anwar di Perak pada 27 Julai lalu.

Terdahulu, pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek dalam satu kenyataan menggesa siasatan terhadap Rafique berhubung ucapan yang tular sebelum ini perlu digugurkan serta-merta.

Pada Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan kerajaan bersedia menerima sebarang kritikan, namun kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).

Beliau berkata, kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.

Mengulas lanjut, Rafique berkata, beliau akan memberikan kerjasama kepada polis dan pada masa sama memohon supaya pihak berkuasa mengambil iktibar daripada apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

“Saya disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

“Saya telah nyatakan saya akan jawab di mahkamah dan sebagai rakyat Malaysia, saya mempunyai hak untuk bersuara dan kebebasan untuk beri pendapat,’’ katanya. – 1 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related