◉ HEADLINES

Remaja lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon dalam bas

Hasil pemeriksaan awal polis ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kesan melecur di jari sebelah kiri disyaki kesan renjatan elektrik

8:57 PM MYT

 

BUTTERWORTH – Seorang remaja lelaki ditemui maut dengan kesan melecur di tangan kiri dipercayai akibat renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit menggunakan soket di dalam sebuah bas ekspres di Terminal Penang Sentral di sini, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Nur Asymawi Jasmadi,18, dipercayai dalam perjalanan ke KL Sentral ditemui maut dalam kejadian pada kira-kira jam 6.10 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Anuar Abd Rahman berkata polis menerima laporan berhubung kejadian membabitkan seorang penumpang sebuah bas ekspres yang tidak sedarkan diri dalam bas dan terus ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan awal polis ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kesan melecur di jari sebelah kiri disyaki kesan renjatan elektrik berpandukan keadaan penghujung kabel yang cair dan juga telefon bimbitnya dalam keadaan panas,” katanya memetik laporan Bernama.

Anuar berkata hasil temu bual dengan seorang saksi yang juga pemandu bas terbabit mendapati mangsa menaiki bas bersendirian pada jam 6 petang menuju ke Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral).

Beliau berkata, pada kira-kira jam 6.10 petang, seorang daripada penumpang dalam bas memberitahu pemandu berkenaan yang mangsa menjerit dalam keadaan mulutnya berbuih sebelum pemandu menghubungi ambulans.

Kematian mangsa disahkan pasukan perubatan yang tiba ke lokasi sebelum mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

“Bedah siasat oleh pegawai perubatan HSJ mendapati tiada kecederaan lain atau unsur jenayah dan mangsa disahkan maut akibat renjatan elektrik,” katanya. – 2 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related