◉ HEADLINES

Ronald, Radzi, Peja dipilih Naib Presiden Bersatu

Datuk Seri Ronald Kiandee dan Datuk Radzi Jidin kekal mempertahankan jawatan Naib Presiden Bersatu manakala satu lagi tempat dimenangi Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ronald Kiandee dan Datuk Radzi Jidin kekal mempertahankan jawatan Naib Presiden Bersatu manakala satu lagi tempat bagi lagi jawatan itu dimenangi Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden.

Mereka menewaskan tiga calon lain, iaitu A’ziss Zainal Abiddin, Datuk Razali Idris dan Mohd Rafiq Abdullah pada pemilihan bagi penggal 2024-2027.

Keputusan pemilihan jawatan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi di ibu pejabat Bersatu, hari ini.

Kemenangan ketiga-tiga pemimpin itu sekali gus menyaksikan pelan ‘kompromi’ Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipenuhi.

Pada Konvensyen Bersatu, 13 Julai lalu, Muhyiddin mengumumkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin dicadangkan memegang jawatan timbalan presiden, manakala Datuk Seri Mahamed Azmin Ali menggantikan kedudukan sedia ada Hamzah, menerusi ‘pelan kompromi’ bagi mengelakkan pertembungan jawatan tertinggi.

Mengikut rundingan, Timbalan Presiden Ahmad Faizal, akan berundur setapak untuk bertanding naib presiden bersama dua penyandang, Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi.

Selain itu, beberapa nama besar tersenarai sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu 2024-2027.

Antara yang terpilih Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Ahli Parlimen Machang), Datuk Dr Sahruddin Jamal (bekas Menteri Besar Johor), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), dan Dr Afif Bahardin (Adun Taman Medan). – 4 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related