◉ HEADLINES

Buat aduan rasmi pada SPRM berkait dakwaan rasuah Adun, kata SPRM

Azam Baki berkata, agensi berkenaan boleh menawarkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

11:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa individu yang mempunyai video rakaman kes yang didakwa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) membincangkan mengenai rasuah supaya membuat aduan rasmi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, agensi berkenaan boleh menawarkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, namun individu terbabit perlu tampil dan mengikut prosedur.

Menurutnya, pihak yang mempunyai maklumat perlu membuat laporan sebelum penguatkuasaan undang-undang boleh melaksanakan proses perlindungan,

“SPRM tidak dapat memberikan sebarang jaminan bertulis imuniti pada masa ini tanpa terlebih dahulu diberikan maklumat terperinci mengenai salah laku tersebut.

“Oleh itu, adalah terlalu awal untuk SPRM menawarkan perlindungan undang-undang kepada individu tersebut,” katanya kepada New Straits Times.

Azam turut menegaskan sebaik sahaja individu itu memberikan maklumat kepada pihak berkuasa, dia akan dilindungi oleh undang-undang.

Namun beliau menambah, undang-undang juga menyatakan bahawa jika individu tersebut didapati terlibat dalam kesalahan tersebut, perlindungan itu akan ditarik balik.

“Saya dapat mengesahkan bahawa seorang peguam yang mewakili pelanggan telah bertemu dengan pegawai kanan SPRM di ibu pejabat agensi pada 30 Oktober lalu di mana mereka membincangkan mengenai bukti yang dikatakan.

“Peguam itu memperdengarkan rakaman audio selama 17 saat di mana beberapa orang kedengaran berbual tentang wang.

“Peguam memberitahu kami bahawa anak guamnya bersedia memberikan kami beberapa bukti, tetapi dia mahu kami menandatangani perjanjian bahawa dia tidak akan disiasat terlebih dahulu.

“Pegawai saya tidak bersetuju, kerana ini bukan prosedur undang-undang yang perlu diikuti oleh SPRM,’’ kata Azam.

Beliau menambah bahawa peguam itu juga menyatakan kurangnya kepercayaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan percaya ia tidak mencukupi dan tidak memberi jaminan perlindungan yang mencukupi untuk pelanggannya.

Azam bagaimanapun menegaskan suruhanjaya itu hanya akan bertindak mengikut undang-undang untuk memastikan kes itu ditangani dengan adil dan profesional serta sebarang salah laku yang didakwa disiasat dengan teliti.

Portal Malaysiakini sebelum ini mendedahkan mengenai rakaman suara didakwa beberapa Adun mmebincangkan mengenai rasuah projek. – 10 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related