◉ HEADLINES

Penghantar tumbuhan ditahan, seludup 1,000 anak pokok bernilai RM134,000 dari negara jiran

Hasil pemeriksaan pada lori itu, PGA menemukan 700 anak pokok bidara, 298 pokok longan, 200 pokok jambu muda dan 98 pokok jenis Buchida Batik dipercayai dibawa tanpa dokumen yang sah

9:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar tumbuhan ditahan polis kerana disyaki menyeludup 1,296 pelbagai spesis anak pokok dari Thailand dianggarkan bernilai RM134,500 dalam Operasi Taring Wawasan, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata kesemua anak pokok itu ditemukan dalam sebuah lori dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di Kampung Parit Air, Rantau Panjang.

Beliau berkata suspek warga tempatan berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.30 tengah hari dan dipercayai kesemua anak pokok berkenaan adalah untuk pasaran tempatan.

“Hasil pemeriksaan pada lori itu, PGA menemukan 700 anak pokok bidara, 298 pokok longan, 200 pokok jambu muda dan 98 pokok jenis Buchida Batik dipercayai dibawa tanpa dokumen yang sah. 

“Kes ini disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5 manakala kesemua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, PGA menahan seorang lelaki warga Myanmar di Kampung Mentua, Tumpat dalam operasi sama pada Jumaat lepas.

Nik Ros Azhan berkata pendatang tanpa izin berkenaan ditahan pada 6.50 petang kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah. 

Menurutnya, lelaki itu dipercayai masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. 

Beliau berkata suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk tindakan selanjutnya. – 10 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related