◉ HEADLINES

Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan: Nancy

Perbincangan mengenai topik seks seharusnya tidak lagi dianggap sebagai isu yang dilarang atau sensitif, kata Nancy

6:16 PM MYT

 

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menyuarakan kebimbangan mengenai isu kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur, pembuangan bayi dan pengguguran tidak selamat di negara ini.

Beliau berkata berdasarkan data Kementerian Kesihatan 44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lepas, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja yang belum berkahwin.

“Sepanjang tempoh 2019 hingga 2023, Sarawak merekodkan 9,258 kes kehamilan remaja dan daripada jumlah ini, 5,627 kes adalah tidak berkahwin semasa hamil.

“Di Sarawak kes kehamilan remaja merekodkan angka yang tinggi disebabkan adanya perkahwinan adat yang membenarkan perkahwinan di bawah umur, selain belum ada pindaan dibuat untuk menetapkan had umur perkahwinan bagi perempuan dinaikkan kepada 18 tahun,” katanya.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika berucap pada majlis Forum Advokasi Pendidikan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) Edisi Ibu Bapa Peringkat Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Nancy berkata perbincangan mengenai topik seks seharusnya tidak lagi dianggap sebagai isu yang dilarang atau sensitif, kerana kebimbangan ibu bapa atau masyarakat tentang maklumat kesihatan reproduktif hanya akan menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan remaja.

“Dalam era globalisasi ini, remaja menghadapi pelbagai cabaran seperti pengaruh budaya luar, akses maklumat tanpa had dan tekanan untuk menyesuaikan diri dengan norma sosial yang berubah,” katanya.

Kira-kira 200 peserta yang menghadiri forum yang memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada ibu bapa berkenaan diharap dapat membantu dalam proses kemandirian dan sosialisasi remaja. – 10 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related