◉ HEADLINES

Adun Kinrara, Ng Sze Han pengerusi DAP Selangor yang baharu

Ng Sze Han memperoleh 1,058 undi pada Pemilihan DAP Negeri Selangor bagi penggal 2024-2027

10:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han dipilih sebagai pengerusi DAP Selangor yang baharu bagi penggal 2024-2027 hari ini.

Sze Han yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, dipilih daripada kelompok 15 individu yang meraih undi tertinggi.

Beliau menggantikan Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo, yang juga Menteri Digital.

Timbalan Pengerusi pula diisi oleh Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau.

Sementara jawatan Naib Pengerusi pula masing-masing disandang Datuk Ng Suee Lim dan Ean Yong Hian Wah manakala Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin pula dilantik sebagai Setiausaha DAP Negeri.

Adun Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin dilantik sebagai Bendahari DAP negeri dan penolongnya adalah R Rajiv.

Setiausaha Organisasi Negeri adalah Tiew Way Keng dan dua penolongnya masing-masing Adun Banting, V Papparaidu dan Adun Seri Kembangan, Wong Siew Ki.

Jawatan Pengarah Pendidikan Politik Negeri disandang oleh Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Pemilihan ini juga menyaksikan Yeo Bee Yin meraih undi paling banyak iaitu 1,180 undi; diikuti bekas Adun Teratai Tiew Way Keng (1,115); Ng Sze Han (1,058); Adun Banting V Papparaidu (1,028); dan Ganabatirau (1,020).

Pemilihan berlangsung sempena Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) hari ini. – 10 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related