◉ HEADLINES

‘Allahyarham Tun Daim bantu kempen saya pada 2018’ kata Fahmi

'Sudah pasti beliau memainkan peranan dan banyak berbakti kepada negara tatkala menjawat jawatan Menteri Kewangan,' kata Fahmi

6:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Allahyarham Tun Daim Zainuddin disifatkan sebagai seorang yang banyak berbakti kepada negara ketika menjadi Menteri Kewangan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim.

“Bagi pihak kerajaan saya mengucapkan takziah kepada Toh Puan Nai’mah (Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid) dan anak-anak atas pemergian Allahyarham Tun Daim.

“Saya doakan semoga pihak keluarga diberikan kesabaran dan ketabahan di saat yang sangat pilu ini.

“Saya juga bagi pihak kerajaan merakamkan penghargaan bakti Allahyarham sepanjang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan. Sudah pasti beliau memainkan peranan dan banyak berbakti kepada negara tatkala menjawat jawatan itu.

“Memang kita tidak boleh nafikan pada 80-an dan waktu krisis kewangan memang Allahyarham ada bantu dan tugas-tugas yang telah laksanakan dengan mengembalikan Malaysia pada landasan yang baik,” katanya kepada media di Masjid Wilayah di sini hari ini.

Hampir 500 orang hadir di Masjid Wilayah di Jalan Duta di sini bagi solat jenazah Allahyarham Daim yang meninggal dunia jam 8.21 pagi tadi di Hospital Assunta.

Tambah Fahmi, beliau sendiri terhutang budi dengan Allahyarham Daim yang memberi sokongan kepadanya ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

“Secara peribadi sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, saya terkenang budi dan jasa Allahyarham yang membantu kempen saya pada 2018,’’ katanya.

Sementara itu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemergian Allayarham Tun Daim bukan sahaja satu kehilangan kepada keluarga dan sahabat handai tetapi kepada negara.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga. Kita kehilangan seorang figura besar yang banyak berjasa kepada negara.

“Kita doakan agar arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” katanya.

Jenazah Daim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1 pada jam 6.05 petang tadi. – 13 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related