◉ HEADLINES

2 rakyat Malaysia cedera terlibat kemalangan di Singapura, seorang di ICU

Kedua-dua mangsa bekerja di kedai nasi ayam di Yishun dan dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru ketika kemalangan berlaku

8:48 PM MYT

 

SINGAPURA – Dua rakyat Malaysia sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Ekspreswe Seletar (SLE), Isnin malam.

Pembonceng motosikal, Muhammad Hairul Nizam Soyod, 35, ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Khoo Teck Puat manakala rakannya Hanafi Mis’adi, 23, patah kaki kiri dan menerima rawatan di wad biasa hospital sama.

Kakak Muhammad Hairul Nizam, Khariol Kamariah Soyod, 40, berkata kedua-dua mangsa yang bekerja di kedai nasi ayam di Yishun dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, dipercayai gagal mengelak daripada trailer yang masuk secara tiba-tiba ke laluan mereka.

Beliau berkata adiknya kini sedang menjalani pembedahan kali kedua bagi menghentikan pendarahan dalaman akibat kecederaan serius di bahagian pinggul.

“Saya difahamkan adik saya cedera teruk di bahagian pinggul selepas dilanggar tayar lori. Buat masa ini, saya hanya dimaklumkan kedua-dua tulang pinggul dia patah dan perlu menjalani pembedahan kali kedua akibat pendarahan yang serius.

“Doktor maklumkan akan kongsi lebih lanjut selepas selesai pembedahan nanti,” katanya kepada Bernama.

Khariol Kamariah berkata isteri dan anak lelaki Muhammad Hairul Nizam yang berusia dua tahun masih belum dapat melawat mangsa kerana tiada pasport.

“Kebetulan saya juga bekerja di tempat yang sama dengan adik saya. Jadi buat masa ini hanya saya mewakili keluarga untuk jaga dan lawat dia di sini,” katanya.

Sementara itu, pihak polis ketika dihubungi berkata pemandu trailer terbabit ditahan kerana memandu dengan cuai dan mengakibatkan kecederaan parah berikutan kemalangan itu. Polis masih lagi melakukan siasatan.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dalam hebahan berhubung keselamatan lalu lintas di republik pada ini menasihati rakyat Malaysia yang menaiki motosikal untuk sentiasa berhati-hati.

Menurut statistik polis, jumlah kematian akibat kemalangan meningkat di Singapura daripada 108 pada 2022 kepada 136 kematian tahun lepas, dengan separuh daripadanya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. – 19 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related