◉ HEADLINES

Pendakwaan tarik balik tuduhan gagal isytihar harta ke atas Daim

'Apabila ada pertuduhan, maka perlu ada pihak yang dituduh,' kata Timbalan Pendakwa Raya

12:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin daripada pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Hakim Azura Alwi membuat perintah itu mengikut Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah.

“Mahkamah dengan ini memerintahkan Allahyarham Tun Daim dilepaskan dan dibebaskan.

“Mahkamah juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga arwah ditempatkan bersama para solihin,” kata Azura.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak lagi meneruskan prosiding terhadap Daim susulan kematiannya.

“Pihak pendakwaan dengan ini mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah tidak berniat untuk meneruskan prosiding ke atas beliau dan kami serahkan kepada budi bicara mahkamah.

“Kami tidak akan meneruskan prosiding ke atas Tun Daim kerana tertuduh telah meninggal dunia, namun kami ada menerima surat daripada Tetuan Raj & Sach, iaitu mereka membantah untuk memberhentikan prosiding ini,” kata Wan Shaharuddin.

Wan Shaharuddin berkata kuasa untuk meneruskan kes terletak pada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila ada pertuduhan, maka perlu ada pihak yang dituduh,” katanya.

Daim meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta, di sini pada 13 November lepas. – 20 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related