◉ HEADLINES

Bersih: Ismail Sabri, PM terbaik sejak 2009

Pentadbiran Ismail Sabri meluluskan undang-undang antilompat, menurunkan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta memberikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang

8:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Badan pemantau pilihan raya Bersih menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri terbaik, sejak 2009, mengaitkan kejayaannya dengan pelaksanaan reformasi semasa tempoh perkhidmatannya.

Pengerusi Bersih, Faisal Abdul Aziz berkata, pentadbiran Ismail Sabri telah meluluskan undang-undang antilompat, menurunkan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta memberikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang, melalui memorandum persefahaman.

Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022, sebelum pentadbiran Anwar mengambil alih selepas menang pilihan raya umum.

Sementara itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di kedudukan kedua, diikuti oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun pentadbiran Madani dinilai dengan gred ‘D’ bagi prestasi sepanjang dua tahun, dengan Bersih mengaitkannya dengan kemajuan terhad kerajaan dalam melaksanakan reformasi.

Faisal berkata pentadbiran Madani adalah kerajaan yang terdiri daripada pelbagai gabungan, tetapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk meninggalkan janji manifesto.

“Ketiadaan reformasi yang ketara di bawah pentadbiran Anwar adalah sesuatu membingungkan memandangkan kerajaan perpaduan mendapat sokongan yang kuat di Parlimen.

“Dengan kawalan yang begitu kukuh dan tiada ancaman yang akan berlaku kepada jawatan Perdana Menterinya, terdapat sedikit justifikasi untuk mengabaikan perkara yang mudah atau gagal mengambil langkah awal ke arah reformasi yang ketara,” kata Faisal ketika membentangkan “kad laporan” kumpulan pemantau itu mengenai prestasi kerajaan.

Bersih juga berkata pentadbiran terdahulu dengan majoriti Parlimen yang lebih lemah, seperti Dr Mahathir dan Ismail, kelihatan lebih berjaya dalam melaksanakan reformasi.

Ia menyimpulkan bahawa perbezaan ini menunjukkan isunya bukan terletak kepada sokongan di Parlimen, tetapi iltizam politik.

Faisal bagaimanapun mengakui kesudian Anwar mengadakan libat urus dengan pertubuhan-pertubuhan masyarakat, sambil menambah Ahli Parlimen Tambun itu adalah Perdana Menteri pertama yang berhubung dengan Bersih.

Walaupun Anwar digesa menunaikan janji reformasi sembilan bulan lalu, Bersih berkata tidak ada desakan untuk mengejar reformasi pilihan raya, institusi, dan kebebasan sivil yang besar. – 20 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related