◉ HEADLINES

RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM

Tiga saman paling banyak dibayar ialah kesalahan halangan lalu lintas, mengabaikan isyarat lalu lintas dan pandu laju

5:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan kutipan saman bernilai RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60% sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM). 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Persekutuan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sebanyak 24,400 saman telah diselesaikan semalam.

“Tiga saman paling banyak dibayar ialah kesalahan halangan lalu lintas, mengabaikan isyarat lalu lintas dan pandu laju,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Yusri turut menyeru orang ramai untuk memanfaatkan pilihan membayar saman secara dalam talian melalui aplikasi MyBayar PDRM atau laman web https://mybayar.rmp.gov.my/en/main.

“Orang ramai tidak perlu beratur panjang dan hanya perlu menerima kupon kod QR daripada pegawai trafik yang ditempatkan di sepanjang barisan untuk ke kaunter semakan dan bayaran saman trafik di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya, juga telah melawat kaunter awal hari ini dan berinteraksi mesra dengan orang ramai. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof juga telah mencadangkan agar tawaran diskaun ini dilanjutkan ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata pengunjung gembira dan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Madani atas diskaun dan kemudahan yang ditawarkan pada program 2TM ini.

Semalam, Mohd Yusri dilaporkan berkata pada kempen kali ini pihaknya telah membuat persiapan teliti untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung, dengan menyediakan 25 kaunter semakan dan bayaran saman termasuk tujuh kaunter khas dan 21 mesin e-payment, serta 520 kerusi untuk orang ramai menunggu.

Kaunter semakan dan pembayaran saman antara menjadi tarikan pengunjung pada hari kedua Program 2TM yang bertemakan ‘Madani di Hati, Rakyat Disantuni’. – 23 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related