◉ HEADLINES

MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS: Fahmi

Saluran notis bencana itu perlu bertindak dengan fungsi amaran menerusi telefon bimbit individu seperti yang diguna pakai oleh beberapa negara antaranya Korea Selatan dan Jepun

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui  Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata saluran notis bencana itu perlu bertindak dengan fungsi amaran menerusi telefon bimbit individu seperti yang diguna pakai oleh beberapa negara antaranya Korea Selatan dan Jepun.

“Kalau di Korea Selatan dan Jepun, apabila bencana berlaku, telefon bimbit secara automatik akan mendapat amaran bukan SMS tetapi ia (amaran) akan muncul pada telefon bimbit kita dan aplikasi ini sangat pantas.

“Saya dapati kita perlu teliti supaya sekiranya ada keperluan untuk memberi amaran selain siren yang berfungsi dan tambahan kepada itu, telefon bimbit kita wajar jadi alat kita dapat amaran yang terkini terutama apabila air dah mula naik di kawasan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Komuniti Siaga 221: Komuniti Berdaya Tahan Bencana Alam Bagi Kampung Pasir Baru anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata penelitian untuk mengguna pakai notis bencana itu sebagai langkah membantu penduduk menghadapi sebarang bencana terutama di kawasan yang berisiko sekali gus mencegah sebarang perkara tidak diingini.

Pada sidang media selepas itu, beliau berkata notis bencana berkenaan boleh dimanfaatkan di negara ini dengan diselaraskan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

MCMC, katanya dijangka menyiapkan penelitian mengenai perkara itu dalam tempoh sebulan.

Sementara itu, menyentuh berkaitan Komuniti Siaga 221, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata program itu merupakan platform terbaik dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan serta kesedaran penduduk setempat untuk menghadapi pelbagai bentuk bencana.

“Saya gembira setelah berlaku beberapa siri bencana pada 2021 dan 2022 di Kampung Pasir Baru, mereka (penduduk setempat) telah banyak berusaha dari segi perancangan dan peralatan lebih bersedia sekarang berbanding dulu,” katanya.

Program Komuniti Siaga 221 yang diperkenalkan APM bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan latihan kecemasan kepada penduduk di kawasan bandar yang berisiko menghadapi bencana serta terdedah ancaman keselamatan setempat. – 23 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

Malaysia crowned Sepak Takraw World Cup champions after Thailand walkout

Malaysia shattered Thailand’s three-title streak to clinch the 2026 Sepak Takraw World Cup team regu crown in a fiery final at Stadium Titiwangsa. The clash ended in chaos when Thailand stormed off in protest, leaving more than 3,000 fans to celebrate a dramatic 2-1 victory on home soil

◉ Related