◉ HEADLINES

Seniman Negara Ahmad Nawab meninggal dunia

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak di sini

7:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seniman Negara yang juga komposer terkenal Tan Sri Dr Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat sakit tua kira-kira 3.15 petang tadi di kediamannya di Taman Melewar, Gombak dekat sini hari ini.

Berita pemergian Ahmad Nawab atau nama sebenarnya Ahmad Khan Wahab Khan disahkan sendiri cucunya Teh Suraya Nasir Khan ketika dihubungi Bernama.

“Arwah tiada apa-apa sakit, cuma  demam dua tiga hari ini, mungkin itu petanda beliau nak pergi (meninggal dunia). Alhamdulillah, arwah pergi dalam keadaan yang baik,” katanya.

Teh Suraya berkata jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak di sini.

Memulakan karier muzik sejak berusia 16 tahun, Ahmad Nawab dianugerahkan gelaran Seniman Negara Ketujuh oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada 2006, iaitu penganugerahan tertinggi negara kepada seniman, terutama dalam bidang muzik

Sepanjang kariernya, Ahmad Nawab menghasilkan lebih 200 album yang didendangkan artis tempatan dan Indonesia seperti Hetty Koes Endang dan Broery Marantika.

Ahmad Nawab menggubah lagu Malaysia Truly Asia dendangan Datuk Khadijah Ibrahim yang dianggap dendangan ikon kepada lagu bertemakan pelancongan bagi mempromosikan Malaysia di persada antarabangsa.

Ahmad Nawab yang pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun, memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980.

Atas kepakaran dan pencapaiannya, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengurniakan anugerah Doktor Falsafah dalam bidang penulisan kehormat pada 2000. – 24 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related