◉ HEADLINES

Rina kini Bendahari, Tun Faisal dilantik Ketua Penerangan Bersatu

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkannya berkata pelantikan itu berkuatkuasa mulai hari ini

8:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun dilantik sebagai Bendahari parti berkenaan manakala Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dilantik Ketua Penerangan Bersatu yang baharu.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkannya berkata pelantikan itu berkuatkuasa mulai hari ini.

Beliau juga mengesahkan Datuk Seri Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung parti berkenaan bagi sesi 2024 hingga 2027.

“Saya berdoa agar mereka yang dilantik akan menjalankan tugas-tugas yang termaktub di dalam Perlembagaan Bersatu dengan amanah, cekap dan berintegriti.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung; Datuk Mohamed Salleh Bajuri, Bendahari Agung dan Datuk Razali Idris, Ketua Penerangan di atas segala jasa dan khidmat bakti mereka kepada parti,’’ katanya.

Jawatan Setiausaha Agung Bersatu sebelum ini dipegang oleh Hamzah, namun beliau kini merupakan Timbalan Presiden parti berkenaan manakala bekas Bendahari adalah Mohamed Salleh dan Razali merupakan bekas Ketua Penerangan.

Pada pemilihan parti berkenaan Oktober lalu, Razali bertanding jawatan Naib Presiden namun tewas.

Beberapa hari lepas, Azmin mengesahkan menerima jawatan Setiausaha Agung Bersatu selepas ditawarkan jawatan tersebut oleh Muhyiddin pada persidangan khas parti itu yang berlangsung pada Julai lalu.

Sementara Rina menarik diri daripada bertanding pada pemilihan Bersatu pada Oktober lalu dan jawatan Ketua Srikandi dipegang oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Manakala Tun Faisal, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Umno bahagian Putrajaya pula menyertai Bersatu pada Januari 2023. – 28 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related