◉ HEADLINES

3 terperangkap insiden tanah runtuh di Kuala Berang

Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada jam 5.17 petang tadi dan usaha giat dijalankan untuk mengesan dua lagi yang masih terperangkap

7:59 PM MYT

 

KUALA BERANG – Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini. 

Kenyataan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu memaklumkan panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 4.59 petang sebelum 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dan dibantu BBP Wakaf Tapai ke lokasi kejadian. 

“Setiba di lokasi didapati tanah runtuh telah menghempap rumah. Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada 5.17 petang tadi. 

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah mengaktifkan Unit STORM (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) ke lokasi. Kerja-kerja operasi sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu. – 29 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related