◉ HEADLINES

Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu

Peruntukan itu akan digunakan bagi membaiki infrastruktur asas seperti jalan dan pembentung, termasuk menaikkan aras jalan di Hulu Besut

1:07 PM MYT

 

SETIU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan keadaan banjir yang serius di kedua-dua negeri tersebut. 

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan yang disalurkan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri itu akan digunakan bagi membaiki infrastruktur asas seperti jalan dan pembentung, termasuk menaikkan aras jalan di Hulu Besut.

Selain itu Anwar berkata Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menyediakan bantuan khas kewangan RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri Terengganu, melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM7.4 juta.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan, Kampung Telaga Papan, Setiu yang menempatkan 269 mangsa. 

Perdana Menteri sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud pada 10.25 pagi tadi bagi meninjau sendiri situasi terkini banjir di negeri itu. – 1 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related