◉ HEADLINES

GISB: Tiada tangkapan libatkan penjawat awam termasuk polis, tentera

Setakat ini jumlah keseluruhan anggota GISB ialah 10,500 dan tiada penjawat awam terlibat

3:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tiada tangkapan melibatkan penjawat awam termasuk polis dan tentera dilakukan sepanjang siasatan dijalankan terhadap Global Ikhwan Service & Business Holding (GISB).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara berkata, setakat ini keseluruhan anggota GISB ialah 10,500 orang.

“Daripada jumlah tersebut, tiada maklumat berkaitan ahli GISB yang berkhidmat dalam sektor awam termasuk polis dan tentera.

“Sepanjang siasatan terhadap kes melibatkan GISBH ini, tiada tangkapan yang melibatkan penjawat awam termasuk polis dan tentera,’’ katanya.

KDN memberitahu demikian bagi menjawab soalan daripada Senator Mohd Hasbie Muda yang ingin mengetahui berapa ramai penjawat awam yang terlibat dalam GISB.

Pada 14 November lalu, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran, pegangan dan fahaman GISB adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI Datuk Dr Nooh Gadut berkata mesyuarat jawatankuasa itu yang bersidang pada 24-26 September lepas yakin dan berpuas hati dengan hujah dan fakta yang dikemukakan oleh penyelidik mengenai GISB.

Beliau berkata ajaran dibawa Nasiruddin Mohd Ali daripada syarikat GISB dan pengikutnya atau mana-mana orang daripada syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan yang mempunyai kaitan dengannya atau mana-mana individu lain yang mempunyai ciri-ciri penyelewengan termasuklah yang berikut adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Pada 30 Oktober lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB, Datuk Nasiruddin Mohd Ali isteri, Datin Azura Md Yusof, antara 22 individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang bergiat aktif sejam empat tahun lalu.

Nasiruddin kemudiannya memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bagi mencabar penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012. – 5 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related