◉ HEADLINES

SAPP tarik diri dari Perikatan Nasional

73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hanya akan ditandingi oleh parti-parti tempatan

3:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan keluar dari Perikatan Nasional (PN), kata presidennya, Datuk Seri Yong Teck Lee.

Keputusan itu, kata beliau, dibuat pada 23 November lalu dalam mesyuarat tertinggi SAPP dan ia telah dimaklumkan kepada ibu pejabat PN bulan lepas.

Jelasnya, tindakan terbabit diambil susulan keputusan PN yang ingin bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) sedangkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hanya akan ditandingi oleh parti-parti tempatan.

“Pendirian SAPP ini selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan autonomi Sabah. 

“Kami tidak boleh berkompromi dengan komitmen kami untuk memastikan PRN harus kekal di bawah bidang kuasa parti-parti tempatan dan bebas daripada campur tangan parti-parti berpusat di Semenanjung,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

SAPP menyertai PN pada Ogos 2020 selepas beberapa bulan PN ditubuhkan.

Dengan penarikan itu, kini hanya empat parti politik bernaung bawah PN iaitu PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

Berikutan keputusan itu, SAPP kini hanya menganggotai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Teck Lee berkata,  dengan kurang daripada 10 bulan sebelum PRN yang akan datang, SAPP juga menggesa Majlis Tertinggi GRS untuk segera menyelesaikan sebarang ketidakpastian mengenai penjajaran GRS dan Pakatan Harapan.

Menurutnya, perkara itu harus diperjelaskan sebelum tahun baharu untuk membolehkan rakyat Sabah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat mengenai masa depan politik mereka. – 14 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related