◉ HEADLINES

Kes bayi beku: polis rakam keterangan ibu bapa dan 2 doktor

Polis juga akan memanggil beberapa individu lain dalam masa terdekat untuk membantu siasatan

5:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sudah merakam keterangan empat individu berhubung dakwaan jenazah bayi ditahan sebuah hospital swasta di Klang kerana ibu bapanya gagal menjelaskan bil rawatan, semalam.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata mereka yang lain yang dirakam keterangan ialah ibu bapa dan dua doktor.

“Kita akan panggil beberapa lagi individu dalam masa terdekat untuk membantu siasatan,’’ katanya kepada media.

Semalam, Hussein memaklumkan siasatan mendalam sedang dijalankan untuk menentukan sekiranya terdapat unsur jenayah dalam isu berkenaan serta menanganinya dengan sebaik mungkin.

Jelasnya, bapa bayi berkenaan, Safwan Roshdy,  membuat laporan pada Jumaat dan laporan itu diklasifikasikan di bawah kertas enkuiri polis (KEP).

Kisah itu didedahkan oleh unit pengurusan jenazah Islam, Mr Wan Chai Official mengenai mayat bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna, Muhammad Adham Mikai, didakwa ‘ditahan’ di dalam peti sejuk beku sehingga dua minggu oleh sebuah hospital swasta di Klang.

Kejadian ini berlaku selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar kos kelahiran bayi tersebut dan tidak dibenarkan menuntut bayi itu untuk dikebumikan.

Bagaimanapun hospital berkenaan, Hospital Bersalin Razif (HBR) menafikan dakwaan pihaknya ‘sengaja’ menahan jenazah bayi lelaki itu seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan dikongsikan di media sosial, pihak pengurusan hospital berkata selepas bayi tersebut disahkan meninggal dunia, permit untuk mengebumikan jenazah sudah ditandatangani dan mereka telah memaklumkan kepada bapa bayi tersebut untuk menguruskan upacara pengebumian pada keesokan hari iaitu 25 November.

Namun, pihak hospital mengatakan mereka mengalami kesukaran untuk berbincang dengan bapa bayi tersebut berhubung hal pengebumian anaknya dari sehari ke sehari. – 14 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related