◉ HEADLINES

1BestariNet: SPRM cadang pada YTL Communications, KPM kembali ke meja rundingan

Timbalan Pendakwa Raya telah mengarahkan SPRM untuk menyerahkan laporan penuh hasil dapatan siasatan beserta syor-syor penambahbaikan kepada Kementerian Pendidikan

3:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan agar Kementerian Pendidikan (KPM) dan YTL Communications Sdn Bhd kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan isu berhubung kontrak 1BestariNet.

SPRM dalam kenyataannya berkata, ia merupakan antara langkah yang disyorkan oleh suruhanjaya tersebut untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu berbangkit daripada kontrak tender perkhidmatan yang telah dipersetujui.

Menurut SPRM, syor penambahbaikan dan laporan penuh hasil dapatan siasatan berkenaan telah diarahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk diserahkan kepada KPM.

“SPRM telah menerima arahan daripada TPR bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak berhubung pelaksanaan kontrak projek 1BestariNet di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Keputusan ini dibuat berdasarkan dapatan siasatan SPRM yang dijalankan sejak September lalu, yang mendapati tiada unsur jenayah dalam pelaksanaan tender tersebut.

“Sebagai langkah susulan, siasatan telah dijalankan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM, yang memberi tumpuan kepada aspek tadbir urus serta isu berkaitan tuntutan kewangan dalam kontrak antara YTL Communications Sdn Bhd dan KPM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, YTL Communications Sdn Bhd dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu SPRM telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku dalam siasatannya terhadap projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion.

“Kami ingin mengumumkan bahawa kami telah menerima pengesahan daripada SPRM bahawa ia telah menyelesaikan siasatannya dan menentukan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap YTL Communications,” katanya.

Pada 4 September lalu, sumber SPRM memberitahu suruhanjaya itu telah menyerbu pejabat YTL Communications di Kuala Lumpur serta sebuah pejabat kerajaan sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap projek 1BestariNet.

“Hasil penggeledahan tersebut, sejumlah dokumen telah disita dan SPRM sedang mengkaji bagi mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan menjurus kepada mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembayaran lebih kurang RM2.7 bilion,” kata SPRM.

Fokus siasatan SPRM juga adalah menjurus kepada elemen jenayah lain yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009. – 19 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related