◉ HEADLINES

Telegram, WeChat mula proses pelesenan untuk beroperasi di Malaysia: MCMC

MCMC turut menyeru semua penyedia perkhidmatan yang memenuhi syarat pelesenan agar segera mengemukakan permohonan mereka, sebelum tarikh akhir pada 31 Disember ini

5:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan, Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam kenyataannya, MCMC berkata kedua-dua platform itu dijangka memenuhi syarat yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia dalam masa terdekat.

“Keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna, dan memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ogos lalu, MCMC memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Langkah itu akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet diperkenalkan.

Sementara itu, МСМС turut memuji komitmen Telegram dan Tencent untuk mematuhi keperluan pelesenan tersebut.

Menurut MCMC, kerangka ini dirangka untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang dipercayai dan selamat dengan menyeru penyedia perkhidmatan agar melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak dan golongan rentan.

Jelasnya, rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan keselamatan, pengalaman pengguna yang lebih baik serta perlindungan yang lebih teguh terhadap kandungan berbahaya.

МСМС turut meminta semua Penyedia Perkhidmatan yang memenuhi syarat pelesenan agar mengemukakan permohonan mereka dengan segera sebelum tarikh akhir pada 31 Disember lalu.

“Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil walaupun ianya adalah perkara yang mahu dielakkan oleh semua pihak.

“MCMC juga komited untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada semua Penyedia Perkhidmatan bagi memastikan proses permohonan mereka berjalan lancar,” katanya. – 26 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related