◉ HEADLINES

Jeju Air: Tiada rakyat Malaysia terbabit setakat ini

Wisma Putra memaklumkan stakat ini, tiada pengesahan mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam insiden pesawat terhempas itu

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea, pagi ini.

Menurut Kementerian Luar Negeri, Kedutaan Malaysia di Seoul kini sedang giat mengumpul maklumat daripada sumber rasmi dan memantau situasi dengan teliti mengenai kejadian tersebut.

“Setakat ini, tiada pengesahan mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam insiden berkenaan,” menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra. 

Dalam kejadian pada 9.07 pagi ini, sebuah pesawat penumpang Korea Selatan yang membawa 181 orang terhempas di lapangan terbang di barat daya negara itu.  

Agensi Berita Yonhap melaporkan kejadian berlaku ketika pesawat Jeju Air tergelincir dari landasan apabila cuba mendarat hingga melanggar pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Musan di daerah Muan, kira-kira 288 kilometer di barat daya Seoul.  

Setakat ini,  jumlah kematian telah meningkat kepada 85 orang.  

“Ingatan dan doa kami bersama keluarga mangsa dan orang tersayang dalam waktu sukar ini,” menurut kementerian itu.  

Wisma Putra dalam pada itu turut mengingatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Seoul.  

Untuk bantuan atau maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan di alamat 129, Dokseodang-ro, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul 04419, Korea Selatan, telefon: +82-2-2077 8600/ +82-10-8974-8699 atau emel: [email protected]. – 29 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related